Friday 23 May 2014


Hari raya bakal tiba. Sudah pasti, banyak perbelanjaan yang perlu
kita keluarkan.Contohnya, belanja tukar sofa, perabot, baju raya baru,
telefon bimbit dan banyak lagi (kalau saya list-kan, banyak lagi
yang kena tulis).


Hari ini, saya akan kongsikan kepada anda, bagaimana anda boleh buat
duit tambahan dengan menggunakan...

Media Sosial.

Seperti yang kita maklum, pada hari ini, ramai yang menggunakan
medium media sosial ini untuk menjalani kehidupan seharian.

Nak ajak kawan pergi makan, kena Wechat. Nak beritahu yang kita dah
beli kereta baru, update kat Facebook. Ada suara sedap sikit, buat
video upload kat Youtube. Dan, perkara utama yang perlu dibuat
sebelum makan, adalah tangkap gambar dulu dan upload di Instagram.

Bagaimana kita boleh buat duit dengan media-media sosial ini?
Antara kaedah yang boleh kita gunakan, adalah:

1) Buat duit dengan Facebook
Di Facebook, kita boleh mensasarkan pelanggan yang kita mahu dengan
menggunakan Facebook Ads. Dengan Facebook Ads, kita dapat jualan
dengan lebih cepat kepada orang yang tepat pada masa yang tepat.


2) Buat duit dengan Instagram
 Bagi penggemar Instagram, cari produk laku keras di Internet. Seperti
barang-barang fesyen, kecantikan dan wanita. Tangkap gambar dari
sudut yang cantik dan menarik. Tambah ayat jualan supaya mereka
membeli produk kita.


3) Buat duit dengan Youtube
Boleh bercakap di hadapan kamera? Rakam video kita sendiri dengan
berkongsi maklumat-maklumat yang berguna kepada penonton. Pastikan
isi kandungan video itu banyak membantu menyelesaikan masalah
orang ramai.


Di akhir video, selitkan sekali laman web atau maklumat kedai, untuk
memudahkan orang ramai melawat ke laman web atau kedai kita nanti


0 comments:

Post a Comment