Saturday 24 May 2014

Di hari jumaat, ramailah jemaah solat jumaat yang sudi menghulurkan sedekah sama ada menggunakan wang ataupun berupa makanan.

Kebiasaan yang kita selalu jumpa adalah sedekah Pisang, kerana Pisang adalah buah yang boleh didapati sepanjang musim.

biasanya saya akan solat Jumaat di masjid yang berlainan berhampiran dengan tempat saya berurusan ketika itu. Memang  Pisang akan menjadi pilihan utama tetapi sejak akhir-akhir ini ada jemaah yang sudah pandai upgrade cara mereka bersedekah selain bersedekah Pisang.

Berikut adalah antara jenis-jenis sedekah lain yang disedekahkan oleh jemaah yang budiman.

 1) Air Mineral dan sebarisnya,Ada jemaah yang budiman yang meletakkan 2 atau 3 kotakyang berisi botol mahupun cawan yang berisi Air Mineral ataupun air lain yang dibotolkan. Bahkan ada juga jemaah yang budiman yang sedekahkan sedozen Air Kotak untuk dinikmati oleh jemaah yang lain.

 2) Nasi Campur Bungkus Dan Sepadannya saya pernah perhatikan ada jemaah yang bersedekah  Nasi Campur Bungkus yang berlaukkan Ayam Masak Kari berserta sayur. Walaupun jumlah yang disedekahkan tidak begitu banyak (anggaran dalam 15 bungkus), nilainya sudah pasti bukan semua jemaah mahu sediakan dan hulurkan sebanyak itu. Pernah juga ada jemaah yang bersedekah Nasi Lemak bungkus berharga rm1.00 

3) Bubur Nasi Dan Sepadannya.Yang ini sebenarnya salah satu cara baru untuk bersedekah. Tidak dapat dipastikan samaada pihak masjid yang menyediakannya ataupun ada pihak lain yang menyediakannya, kerana terdapat 3 bakul/ raga besar yang berisi Bubur di dalamnya (anggaran dalam 100 lebih).

4) Hulur duit kepada peniaga untuk menjamu jemaah makan.Pernah ada seorang hamba Allah yang bersedekah kepada peniaga makanan di masjid untuk menjamu selera jemaah lain.Sebagai contoh, hamba Allah ini sedekahkan rm400 untuk makanan berharga rm1, maka jumlah jemaah yang boleh makan free  ialah sekitar 400 orang.

5) Buah-buahan Bermusim ada juga jemaah yang budiman yang bersedekah buah-buahan yang bermusim seperti Nangka, Rambutan ataupun Manggis. tiadak kiralah apa juga bentuk sedekah yang dihulurkan asalkan ianya dilakukan dengan ikhlas dan kerana Allah swt

Semoga Allah menerima setiap sedekah mereka semua. InsyaAllah 

0 comments:

Post a Comment