Thursday 22 May 2014

PANDA DIPLOMACY (rujuk Wikipedia)

Teman-teman, bersabarlah. "Panda Diplomacy" adalah cara bagaimana negara China memaafkan Malaysia. Sesiapa yang pelajari Sains Politik, pasti angguk dan akur dengan strategi China. Mereka beri hadiah, Malaysia tanggung kos (yang pasti, ada bayaran kepada China tanpa pengetahuan rakyat kedua negara). Kononnya hadiah, sedangkan ia adalah satu jenis hukuman (baca: #MH370).

Inilah yang dipanggil "World View." Dalam dunia gangster pun, ada ufti yang perlu dibayar jika ahli berbuat silap. Tak dapat dielak. Cuba anda baca ada berapa bilion Malaysia mengimport dari China? Bayangkan kalau China ugut tidak mahu mengeksport ke Malaysia? Sejak zaman Melaka lagi China adalah sahabat yang mesti kita berkawan. "If you can't beat them, joint them."

PANDA DIPLOMACY DAN BISNES

"Jika anda mahu tahu dengan negara mana China berkawan, ikutlah ke mana Panda pergi." Menurut kajian Universiti Oxford, negara China adalah satu-satunya 'rumah' yang sesuai untuk Panda di dunia ini. China hanya menyerahkan Panda kepada mana-mana negara bergantung pada perjanjian niaga di antaranya, dan kesediaan menjaga panda walau ketandusan sumber alam.

Tapi saya kira bisnes begini ada syubhahnya, kerana banyak faktor luar yang pengaruhi jagaan Panda seperti cuaca, suhu, udara dll. Ia bukan seperti perjanjian menjaga kambing atau lembu. Saya kurang arif.

Dalam bisnes, "Panda Diplomacy" atau Perjanjian Panda ada dipraktikkan dalam diam. Panda = Komitmen. Gantikan Panda dengan barangan lain. Contohnya, Syarikat pengeluar F&N menawarkan pinjaman atau pajakan peti ais minuman tanpa syarat ketat, KECUALI hanya meletakkan produk dari PERMANIS sahaja (100 Plus, Mountain Dew, Pepsi). Pekedai runcit mahukan trafik dari peminat air minuman PERMANIS, manakala PERMANIS perkuatkan marketing.

Panda isu lain. TNB dan GST naik itu adalah isu lain. Kedua-duanya memang rakyat yang tanggung, namun keperluannya berbeza. Hati-hati dalam buat perbandingan. Cernalah maklumat dengan akal bukan emosi, dan akhir sekali bersederhanalah.

Ketahui dan fahami apa yang anda Anti atau Pro. Sepertimana kita tidak layak membandingkan pelaburan digital (Forex/Bursa) dengan pelaburan fizikal (emas, silver, dll), begitu juga dalam isu Panda ini.

P/s: Psst... Sudah baca "The Curse of Panda Diplomacy?" Hati-hati, jangan TERsyirik kecil sewaktu membacanya, ya. Ia bukan satu sumpahan. Anggaplah China sedang merangka strategi atau memberi 'signal' kepada Malaysia.

0 comments:

Post a Comment