Gembira tidak terkira
apabila kita mendapat "Kenderaan Baru"setelah sekian lama menunggu
tempahan.Bayaran minimum 10 peratus dari harga sebenar kenderaan pada
awalnya dirasakan susah hilang begitu sahaja apabila menerima kenderaan.
tahniah kepada anda yang mendapat kenderaan baru berbaloi dengan penat lelah anda selama ini.
Pernahkah anda terfikir bahawa kenderaan yang anda naiki sekarang
setelah 3 tahun anda beli/terima dari pusat pengedaran bukan kenderaan
anda?nama anda memang tercatat didalam kad pendaftaran(geran) tetapi
kenderaan yang ada pandu adalah milik orang lain.?memang nampak remeh
akan perkara ini tetapi perkara ini memang benar benar berlaku kepada
rakan saya dimana kenderaan yang ia naiki sekarang ini adalah kenderaan
orang lain.
Buatan,model,jenis,warna dan cc adalah sama tetapi
nombor casis dan enjin kenderaan adalah kenderaan orang
lain.wow!!menarik bukan?setelah tiga tahun kenderaan dipandu baru tahu
kenderaan tersebut bukan miliknya.Perkara ini terjadi apabila ia ingin
menukar nama kenderaannya setelah habis bayaran.Nombor casis dan nombor
enjin tidak sama seperti mana tercatat didalam geran.Kenderaan dirujuk
kepada pihak JPJ dan didapati kenderaan beliau naiki adalah kenderaan
orang lain bernombor pendaftaran lain.Dimanakah kesilapan ini berlaku?
Semasa menerima kenderaan dari Jurujual adakah ia melihat no casis dan
nombor enjin dan secara kebetulan jurujual tersebut "melepaskan"
kenderaan hampir 10 buah pada hari tersebut .Jurujual tersebut mungkin
tidak sengaja memasang "No.Plate" kenderaannya pada kenderaan
lain.Kesilapan mungkin berlaku disini dimana penjual secara yakin
melepaskan kenderaan tersebut dan si pembeli terlalu gembira kerana
mendapat kenderaan barunya.Borang pelepasan ditandatangi dimana didalam
borang tersebut dinyatakan semua yang berkenaan termasuklah perkakas
tambahan yang dibekalkan didalam pakej.Apa yang boleh dilakukan oleh ia
sekarang hanyalah boleh menukar sama suka dengan pemilik kenderaannya
yang sebenar, itupun jika pemiliknya mahu menukar kenderaanya.
Bagi mereka yang membeli kenderaan baru sebelum anda menerima sila lihat
dan pastikan bahawa kenderaan "ITU" adalah kenderaan anda yang
sebenar,Minta jurujual tersebut membuka bonet dan menunjuk nombor casis
dan enjin kenderaan sama seperti yang tercatat didalam geran kenderaan
sebelum anda memandu pulang.Kes yang jarang kita dengar tetapi memang
benar benar berlaku..
Fb:Azimart Burger Perang..
free to share.....
Home
»
»Unlabelled
» Kereta aku orang lain punya?
Wednesday, 21 May 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih info nie.....
ReplyDeleteSama2....free to share
Delete