Alkisah sebiji burger...
Malam itu,
Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah.
Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya
tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.
Tiada syiling pun untuk menelefon rumah bagi meminta pertolongan.
Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di
satu gerai burger Ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.
Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.
Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…
“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.
“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.
“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.
Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata...“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.
“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil mengelapkan air matanya.
“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada Fidah, tapi mak
saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam
betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.
Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.
“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri
adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik
membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah
bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.
Kak Fidah
amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan
pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.
Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir...
“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger
daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak
saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian,
walaupun sikit.”
Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan
kepada emaknya apabila dia tiba di rumah.. “Maafkan saya mak. Semua
salah Fidah… maafkan saya mak.”
Sejurus tiba di rumah, Kak
Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega
melihat kepulangannya setelah puas mencari.
“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.
Fidah terus menangis sambil menyembamkan muka di tangan maknya.
Wahai anakku,
Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara
kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekeliling kamu, tapi untuk ahli
keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan
mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.
Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah
perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan,
terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu
tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu...tapi
pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan
pengorbanan tanpa syarat
kedua-dua orang tuamu?
Senyum...
Free to share...from fb Azimart Burger Perang
Home
»
»Unlabelled
» Kisah Sebiji Burger
Wednesday, 14 May 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment