Dari Fb sahabat saya...
3 Kesalahan Utama Bisnes Online
Jika
Anda ingin membina perniagaan untuk tempoh jangka masa panjang. Anda
perlu menggunakan FB dengan lebih berhati-hati dan mengelakkan 3
kesalahan utama yang saya akan terangkan di bawah.
1. FB BUKAN TEMPAT MEMBUAT JUALAN
Orang yang Anda jemput untuk “like” page pasti tidak suka jika apa
yang diberikan kepada mereka ialah IKLAN semata-mata. Tidak siapa suka
untuk disumbat dengan iklan setiap hari.
Pelanggan ingin mengetahui sesuatu yang mereka boleh gunakan dalam kehidupan mereka.
Contohnya, jika Anda seorang penjual pakaian kanak-kanak, mungkin
Andaboleh berikan mereka tips-tips penjagaan kanak-kanak atau kaedah
menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh kanak-kanak.
Dengan tips-tips berguna sebegini, mereka akan menanti-nanti tips daripada Anda.
2. FB BUKAN JALAN SEHALA
Jika pada zaman dahulu, semua syarikat-syarikat membuat iklan yang
sehala. Sehala bermaksud, pelanggan tidak dapat memberi maklum balas
atau mengkritik syarikat-syarikat ini.
Namun keadaan pemasaran
internet hari ini nyata berbeza. Terutamanya apabila adanya FB dan
twitter di mana pemasaran menjadi jalan dua hala antara penjual dan
pembeli.
Jika Anda sekadar bercakap menyuruh orang membeli,
mungkin ada 1 atau 2 orang yang membeli, namun jika ramai orang membeli,
Anda perlu bercakap bersama mereka.
Bercakap bersama mereka
ialah Anda perlu berada di dalam perbincangan mereka. Untuk berada di
pihak atas dalam perbincangan ini, Anda perlu mengetahui banyak
ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan.
Dalam era
ini juga, pelanggan mempunyai ruang untuk mengkritik perniagaan kita.
Kritikan-kritikan ini perlu dijawab dengan bijak.
Ingat! Anda tidak boleh menjawab kritikan dengan emosi.
Anda perlu menjawab dengan bijak supaya pelanggan yang mengkritik (dan
beribu orang lain yang melihat perbualan ini) akan bertambah kepercayaan
3. FB (UNTUK PERNIAGAAN) BUKAN MEDAN BERCAKAP MENGENAI DIRI SENDIRI
Orang-orang yang berada dalam FB Anda tidak berminat dengan masalah
perniagaan atau lebih teruk masalah peribadi yang kita hadapi.
Mereka lebih berminat mengenai bagaimana produk Anda dapat menyelesaikan masalah mereka.
Mereka tidak mahu tahu kisah tersangkut dalam “traffic jam” atau mengenai masalah dengan staff.
Anda perlu sentiasa bercakap mengenai mereka. Memanglah ini nampak
seperti keras. Tetapi inilah realitinya jika Anda inginkan customer yang
sentiasa bertali-arus.
Secara kesimpulannya, Anda perlu
memandang FB sebagai medan pemasaran jangka panjang dan untuk membina
kreadibiliti dan reputasi di mata pelanggan sebelum mereka membeli
produk dan memberitahu rakan mereka pula
semoga perkongsian ini bermanfaat...
Home
»
»Unlabelled
» Kesalahan Utama Dalam Bisnes Online
Tuesday, 20 May 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment