Wednesday 7 May 2014

Apabila anda meniaga ada pelbagai ragam dan juga perkara yang anda akan lalui.Ketahuilah corak perniagaan anda itu sendiri ditentukan oleh anda.Ada kalanya perniagaan anda merudum jatuh,disebabkan keadaan semasa dan juga sedikit sebanyak disebabkan persaingan.

Belajarlah untuk bertenang.Dengan bertenang anda boleh memikirkan strategi yang akan datang.Jika wujudnya persaingan dalam perniagaan perlulah berfikiran positif dan minta kepada tuhan untuk dibukakan jalan.

saya bawa anda berfikir sejenak..

katakan perniagaan anda didalam lingkungan penduduk 100k
kita ambil 1 % daripada penduduk yg akan membeli barangan jualan anda dan pesaing anda pada setiap hari.

itu baru 1% yang membeli,ada 99 % lagi.setahu saya kuasa membeli lebih banyak dari kuasa menjual adakalanya sehingga 70% transaksi pembelian dilakukan terutamanya apabila tiba musim perayaan dan juga orang mendapat gaji, jadikan anda sebagai lubuk tarikan magnet yang sentiasa orang kenal dengan kepakaran anda.

Belajar dan bertindak mengikut susur galurnya.Belajar kenali prospek anda.Bila anda berjaya menyesuaikan keadaannya insyallah prospek anda akan mula membuka mulut memberi tahu tentang kepakaran anda..

Sebab itu didalam bisnes perlu ada ilmu, pengetahuan dan tindakan.Tindakan itu yang menentukkan kejayaan anda,insyallah


All the best :-)

0 comments:

Post a Comment