Monday 19 May 2014

Penerangan saya malam nih adalah berkisarkan pertanyaan yang di utarakan  oleh seorang ahli didalam group PBIMHT.

Takziah saya ucapkan diatas kemalangan yang menimpa puan.Pertanyaanya difokuskan kepada kenderaannya yang terlibat kemalangan dan pihak bengkel menyatakan kenderaannya "total loss".

Sebelum itu biar saya terangkan apa yang dikatakan mengenai "total loss". Total loss atau istilah lain dalam bidang teknikal diterangkan sebagai B.E.R (beyond economy repair)

Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dimana keadaan kenderaan itu, kos untuk membaikinya melebihi tahap harga pasaran kenderaan setelah di tolak 25 %harga pasaran akan dikira sebagai total loss.Langkah ini diambil untuk menjaga kepentingan mereka.

Apabila anda terlibat didalam kemalangan seperti yang saya terangkan didalam artikal saya yang lain pastikan anda mengambil gambar keadaan kenderaan anda,membuat report polis dalam masa 24 jam.(berkeupayaan) dan dapatkan butir2 tempat kenderaan anda dibawa untuk di baiki.Selalunya kenderaan anda akan dibuat penilaian oleh penilai insurans kenderaan ada dalam masa 2 minggu  atau lebih termasuklah report oleh mereka.(jika mahu cepat sila maklumkan terus kepada HQ mereka).

Penilai insurans akan membuat penilaian terhadap kenderaan anda.Jika penilaiannya menyatakan kenderaan anda total loss pihak bengkel selalunya akan memanggil penilai insurans dari HQ untuk memberikan report ke2 kerana perlu di ingatkan bahawa pihak bengkel menjalankan perniagaan membaiki kenderaan.Membaiki kenderaan adalah tajuk utama mereka dari menilai kenderaan tersebut kearah total loss.

Jika anda merasakan sayang dan ingin menggunakan kenderaan tersebut anda boleh mohon untuk menanggung baki dari jumlah yang pihak insurans istiharkan.Selalunya jarang yang berbuat demikian.Minta segala dokumen dan juga yang berkaitan menyatakan kenderaan telah diistiharkan total loss

Pertanyaan kedua berkisarkan adakah ia perlu menanggung lagi jumlah baki pinjaman kenderaanya.Ya! ia perlu lagi menjelaskan baki pinjamannya sehingga habis.Pihak insurans akan mengeluarkan cek atas namanya atau pihak bank  dan ia perlu menggunakan wang tersebut untuk melunaskan hutangnya kepada pihak pemberi pinjaman.

Anda jangan terkejut jika anda dapat lihat kenderaan anda yang diistiharkan total loss masih bergerak di atas jalan raya kerana selalunya pihak insurans akan menjualkan kenderaan (tender)kepada sesiapa yang berminat untuk membaikinya.Dan selalunya pihak bengkel yang berminat akan membaikinya dengan kos yang paling ekonomi dan menjualnya kepada pihak ke3.Tidak mustahil pihak ke3 akan terbeli kenderaan potong dan sambung.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada pemilik sebenarya untuk menyerahkan geran kenderaan kepada pihak JPJ untuk di lupuskan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat,sedikit sebanyak dari pengetahuan saya yang tidak seberapa...syukran...

23 comments:

  1. Assalamualaikum.. Sy nk tanya sedikit.. Bagaimana cara atau formula bg membuat kiraan amaun yg sepatutnya dituntut oleh seseorang pemilik kenderaan yg telah diisytiharkan bahawa keretanya adalah total loss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Maaf mencelah.. Sy cuma share drpd pengalaman sy dan suami.. Amaun tuntutan akan ditentukan berdasarkan jumlah coverage insurans dan value market utk kereta tersebut.. Mereka akan ambil yg paling rendah.. Terima kasih 😊

      Delete
  2. assalamualaikum. nak tanya. proses claim insuran total loss ni lambat ke sekejap ye?? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Maaf mencelah.. Saya cuma share berdasarkan pengalaman sy.. Jangkamasa proses claim total loss bergantung pd syarikat insurans tersebut.. Mcm kes sy dan suami.. Accident pd 9/6..9/7 kami dapat offer letter drpd syarikat insurans.. Sekarang ni tinggal utk settlekan dokumen yg sepatutnya dan pass pd cawangan syarikat insurans utk tujuan proses pembayaran..

      Delete
    2. Bayaran balance kereta yg perlu dibayar tu boleh bayar secara bulan2 sperti biasa atau perlu dibayar secara cash direct?? N kete yg total lost ni adakah akan diganti dengan kereta baru jika masih di dalam warrantt??

      Delete
  3. Assalamualaikum...nk tnya dua bnda
    1.bru2 ni knderaan sy terlibat kmlngn n kira sy nk minta total loss.usia knderaan sdh lbh 10 thun n insuran first party.nmun begitu setelh diperiksa oleh adjuster dieorng decide untk baiki jer..ada x cra lain yg boleh sy buat untk dptkn total loss.
    2..kalo kenderaan sdh diistihar total loss boleh x kita ambil spare part n componen lain pd kenderaan trsebut.

    ReplyDelete
  4. Slm...bru2 nie kereta hilux suami pon eksiden..kereta sbru kluar 3bln ble claim insurans llus rm105000 tp pjmn d bank rm117000 mcm mne ye sbb dlm polisi tnyta hrga pjmn rm105000...ada x yg pakar yg blh bg pjlsan adkh pihak dorg ambk ksmptn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam.. jumlah claim total loss akan diambil kira drpd 2 perkara.. 1, jumlah amount yg insurans cover dan kedua harga value market semasa utk kereta tersebut.. pihak Insurans akan ambil yg paling rendah.. contoh, insurans cover 24k, harga value market semasa utk kereta 21k.. so insurans akan bayar 21k.. pasal pinjaman dgn bank, mcm kes sy.. keta axia kami br pakai 2tahun.. loan bank 35k.. kami da bayar 10k.. so insurans claim 20k++.. bank akan bg diskaun kalau bayar sekaligus.. kira nasib lah kalau claim total loss kita dpt duit.. mcm kes sy, kena tambah 5k utk settle loan bank.. sbb bank kira kalau bayar sekaligus, 25k++.. harap membantu ya..

      Delete
  5. Salam, nak tanya, contoh kita masih ada hutang dengan bank, duit claim total loss tu akn terus ke bank ke mcm mne? Minx pencerahan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea. Akan terus ke bank. Insurance akan bayar terus ke bank dengan jumlah sekian maklum. kalau masih ada balance, kita sendiri kena jelaskan sampai lunas samada secara cash direct atau bayar bulanan seperti biasa.

      Delete
  6. Saya nk tanya Klu tuntutan ke pihak ketiga.....mcm mana proses.....sebab kereta saya rosak teruk......MMG nk tepat kos tingggi.....cuma sy nk claim ke pihak ketiga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti panel insurans akn claim od kfk..tp makesure dua2 buat polis report la.. yg selainnya akn diuruskn oleh panel insurans

      Delete
  7. Assalamualaikum, mohon penjelasan juga, kereta ayah saya dilanggar drpd belakang. Kereta model saga lama. Jika dilihat mmg total loss. Hilux yg langgar. Skrg report telah dibuat dibalai polis, apakah tindakan seterusnya, bawa kereta ke bengkel utk dilihat berapa kos pembaikan atau.. Mmg total loss. Jika total loss, bgmana ayah saya nak dapatkan ganti rugi drpd org yg langgar tu. ...adakah melalui claim insuransnya atau mcm mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasenye mmg dpt insurans kereta sndiri..kalau confirm loss, ayh awk akn dpt sum insured yg ada kat dlm policy insurans tu.. tp ingat, kdg2 insurans ni tak bayo penuh. Biasenye dlm 80% je.

      Delete
    2. Claim insurans pastu beli kereta baru jela.kereta saga ayah awak tu mesti dh 30 tahun.selamat lg ke nak bwk.baik g scrap pastu beli kereta baru..

      Delete
  8. Salam, nak tanya, contoh kita masih ada hutang dengan bank, duit claim total loss tu akn terus dibayar ke bank ke mcm mne? ada sape2 tau x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, akan terus bayar kepada bank. Nanti baki kita kena settle. Biasa bank akan buat betterment untuk win win situation.

      Delete
  9. Salam..nak tanya..kereta saya beru terlibat dengan kemalangan dan di isytiharkan total loss. Insurance cover 28K jew dan full settlement dengan bank adalah 40K. Lagi 12K boleh bayar secara ansuran ke atau kne full settlement jugak? Kalau sy nak ambik loan baru untuk kereta lain and tambah 12K tok bayar settlement loan kete lama, boleh ke?

    ReplyDelete
  10. Salam semua dn juga malaysia..pada saya malaysia ni dah boleh gubal law akta kenderaan.apalagi yg dah kira total loss.kita bayar insurans utk apa.kalau nak claim pun susah.baik lupuskan aja kenderaan total loss dari repair kereta yg dah total loss.jadi insurans tersebut akan di bayar utk pembelian kenderaan baru serta dgn ribet rm5k utk pembelian kenderaan baru.hutang kereta lama sama ada ditolak melalui insurans atau dimasukkan ke dlm byaran kereta baru.selamat ke kereta total loss ni dipakai semula...mtk pihak yg terlibat kaji semula kereta total loss ni..melibatkan nyawa..

    ReplyDelete
  11. Salam
    Mohon bertanya. Jika kereta total lost, bolehkah claim drpd dua2 sykt insuran?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam.
    Mohon bertanya, kereta saya total lost & pihak insuran sudah mengesahkannya. Persoalannya bagaimana dengan status kereta saya tersebut, adakah saya masih lagi perlu mmbayar baki hutang dengan bank atau pihak insuran akan mengambil alih kereta tersebut?

    ReplyDelete
  14. salam. nak tanya jika kereta terlibat kemalangan kali pertama dan boleh dibaiki, dan kali kedua kemalangan total lost pada tahun yg sama. masih boleh claim kah untuk total lost tu?

    ReplyDelete