Doa munajat
=============
Wahai Allah Yang Maha Pengasih
Sejahterakanlah untuk Kami..
Ya Allah...
semoga kami sihat dan bahagia
Semoga kami bebas dari kemarahan dan kebencian
Semoga kami bebas daripada kemiskinan jiwa &raga
Semoga kami bebas daripada penderitaan jasmani dan rohani
Semoga kami dapat mempertahankan kebahagian kami.
Wahai Allah...
Yang maha membuka ajarlah kami yang lemah untuk melihat jalan keluar dari semua masalah.
Bukalah hijab kami yang tak mampu melihat kebaikkan pada kejadian,
Jangan tutup untuk kami pintu kebaikkan yang selayaknya kami dapat.
Sekiranya engkau mengkehendaki sesuatu tertutup,bertapa apa jua
kekuatan bersatu untuk membukannya pasti tidak ada yang dapat
membukannya kecuali dengan kekuasaan mu Ya Allah.
Kami berdiri digerbangmi mengetuk pintu mu bertalu talu.
Ya Fattah...
Yang maha pembuka,Buka pintu hijab kami Ya Fattah,kami berharap redha
dan kasihmu, kami mengharapkan dibukakan pintu rahmatmu seluas luasnya
maka kami menzikirkan asmamu bukalah segala kebaikkan untuk kami.
Ya wahab..kau peruntukkan kecukupan untuk kami dan saudara saudara kami
Ya Ghaniy..yang maha kaya dan lengkap kau kurniakanlah kedalam hati
hati kami akan nur muhammad,kekasihmu agar kelak cahaya ini menjadi
pelita untuk kami menuju nur mu..
Ya Razzaq yang maha pemberi
rezeki kau limpahkan rezeki mu yang barakah buat kami dan saudara
saudara kami agar kami dapat meneruskan sedekah amal jariah terhadap
yang memerlukan
Agar kami dapat limpahkan kurnia kekayaan zahir dan
batin yang engkau amanahkan agar kami jauh dari kefakiran dan kemiskinan
yang boleh membawa kami kepada kekufuran.
Agar kami dapat
meneruskan hidup kami dalam kelapangan dan kesenangan yang membawa jiwa
kami kepada kemakmuran lalu kami berjaya menguasai diri untuk berjaya
sebagai hambamu dunia dan akhirat.
Ya Allah sekiranya ada yang tertinggal kata-kata dalam doa kami ini kau tahu apa yang terkandung didalam isihati kami jua.
Ampunkan segala dosa dosa besar dan kecil kami terhadap mu Ya Allah.Dan
kepada kedua ibu bapa kami,suami,isteri,anak2,saudara mara,sahabat
handai dan semua yang mengenali kami.
Serta seluruh umat muhammad
saw sama ada yang masih hidup ataupun yang telah tiada.Ampunkan kami ya
Allah kerana terlalu banyak kami meminta minta.
Sesungguhnya pergantungan kami ibadat kami hidup dan mati kami hanya pada mu Ya Allah swt..
Amin ya rabbal alamin
Tuesday, 1 April 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment