Monday 31 March 2014



Perlukah aku menulis cerita ini.Berat sungguh untuk menulis kali ini kerana ia menyentuh zaman silam ku.Menyentuh apa yang terbuku dan terpahatnya sebuah memori indah bersama-sama dengan dia yang ku panggil ayah.Semoga ia damai disana dan menjadi titik tolak perubahan kepada adik-adik ku yang lain.

"Saya hendak yang itu jugak!kalau tak, saya tak mahu balik !biarlah saya duduk asrama lagi bagus!"perbualan itu dimatikan terus sambil menghempas hp diatas tilam katilnya. suara yang gemersik itu memenuhi segenap ruang kamar hostel ku.

"iz kenapa marah-marah nih?"

"ayah saya lah!dia buat tidak betah sahaja apa yang saya cakap,dah lah tak macam ayah orang lain kerja hebat-hebat."Ayah saya cuma berkerja kampung,pemalas..saya malu abg,malu sangat!tidak perlu saya ada ayah macam dia!"

Nauzubillah..gulp!! Terasa pahit air liur ditelan semoga adik ini mendapat hidayah.Spontan doaku kepadanya.

Minggu berlalu ku lihat kelibat "iz" masih didalam bilik sedangkan ku bersiap untuk pulang ke kampung halaman ku, secara kebetulan beberapa kerja kampung perlu ku bereskan.

Jom 'Iz' ikut abg balik kampung,hari minggu kan.Pujuk ku akhirnya dijawab dengan kesudiannya menemani ku.

Iz kampung abg jauh dipendalaman dikiri kanannya adalah petak sawah.dan abg tinggal di rumah yang biasa sahaja, maaflah jika iz tidak selesa..

"abg sunyi yer disini.Abg boleh pulak tinggal di kampung seperti ini?Mak ayah abg mana?"

"Mereka telah menemui penciptanya semasa abg berumur awal belasan tahun".Ku lihat mukanya seperti terkejut apabila penyataan itu disampaikan

.

"Syukur alhamdulilah,keselesaan berada di mana-mana apabila kita mensyukuri nikmat Allah swt berikan."jawab ku spontan.

"ayah abg berpesan jika nikmat dunia kita cari sehingga bila2 pun tidak akan cukup,dan jika akhirat yang kita cari secara langsungnya nikmat dunia akan tercukup sepenuhnya"

"Abg lihat iz cukup bertuah dilahirkan didalam keluarga yang cukup keperluannya.Iz ada mak ayah yang penyayang yang membayar yuran pengajian,yang memberi duit poket,dan serba bagai lagi..tetapi abg?"

"Kesemuanya abg sediakan sendiri senang cerita A sampai Z.Sebab itulah dibilik hostel iz jarang melihat abg kerana abg berkerja selepas habis kelas.Penat tidak perlu cakaplah, jika tidak bagaimana untuk abg dapatkan duit poket?"





Soalan ku membuatkan ia berfikir dan menghela nafas yang panjang..

Iz patut bersyukur dengan segala yang Allah swt berikan.Ayah adalah orang pertama yang melaungkan kalimah Allah swt di telinga iz, Dialah yang paling gembira selepas ibu apabila hadirnya iz dimuka bumi ini.

Apabila iz meronta2 di pekan setelah melihat mainan yang tergantung ia belikan jua walaupun didalam poketnya hanya tinggal duit kecil yang mungkin hanya cukup keperluan bulan itu

Apabila iz sakit ditengah malam dialah yang paling risau,jika berlarutan habis ke semua doktor ia lawati semata2 untuk melihat iz kembali ceria.

Apabila iz meningkat remaja
Dikala iz pulang lewat dia orang yang paling bimbang sekali,setiap masa melihat-lihat dijendela menanti kepulangan iz.Semalaman dia tidak tidur walaupun ia tahu dia akan bekerja keesokkan paginya

Apabila result SPM iz hulurkan, dialah orang yang amat bangga sekali melihat penuhnya 'A' didalam result iz.Dalam masa yang sama berkerut dahinya kerana ia tahu bahawa wang yang banyak diperlukan untuk iz masuk ke universiti.Menebalkan muka adalah perkara biasa yang ia lakukan apabila iz mula meminta dan ia terpaksa meminjam untuk mencukupkan keperluan iz



Tidak lama lagi iz akan menaiki tangga pentas graduan, mesti dia lah orang yang paling bangga sekali.Habis kesemua orang kampung dia canangkan bahawa dia akan pergi melihat iz menerima segulung ijazah.

"Adakah itu yang iz cakapkan bahawa ia tidak betah apabila iz bercakap?pernahkah iz fikir apa yang dia rasa tak kala iz mematikan dan menghempas hp pada hari itu?pernahkan iz bertanya cukupkah ia untuk memberi itu dan ini kepada iz..


Itu baru diceritakan kisah ayah dan tidak disulami dengan ibu yang mengandungkan,membesar dan mendidik kita..

"maafkan saya ayah..anggukkannya lemah dengan juraian air mata membasahi pipinya"...

Walaupun cerita ini telah lama dan sahabat saya bernama iz(nama lain)telah mempunyai keluarga dan menjawat jawatan yang tinggi hadir sendiri tak kala melihat seorang lelaki biadap dengan bapanya dihadapan premis perniagaan saya.

SetinggI mana pun pangkat kita,sebagus mana pun kita,selayak mana pun kita perlu ingat nama kita dibin kan dgn nama ayah kita.

Pulanglah.carilah ia peluklah ia selagi ia masih bernafas mohon kemaafan darinya.Percayalah jika ia tiada nanti pasti namanya akan kita sebut sebutkan.

Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment