Thursday 17 April 2014


Syukur alhamdulilah dgn nikmat pemberian Allah swt.semoga anda sihat sejahtera dan dipelihara Allah dibawah lembayung rahmatnya..


Adakah kita pernah "Bertanya" anak kita kemahuan dan kehendaknya?Semalam saya bersama family makan di salah sebuah restoren,

secara kebetulan kedengaran family disebelah mula berborak antara anak dan ayahnya.Kedengaran agak jelas dimana melihat si ayah mula bertanya kepada anaknya

 "abg nak apa dari daddy dan mummy"?

jawab anaknya spontan sahaja "boleh tak kalau masa makan daddy dan mummy tutup hp"?



Aduh!!

saya terasa terpukul dengan jawapan tu..cepat2 saya dan isteri "off" kan hp dan mula memberi perhatian kepada anak kami. Rupanya anak kecil itu yg berumur lingkungan 6 ke 7 tahun boleh berfikir dan berkata demikian maka benarlah bahawa kita sedang merompak masa berkualiti dgn anak2 kita.

Masa makan adalah salah satu masa untuk kita berkongsi dan mendengar permasalahan anak2 kita.Disitu mereka selalunya akan bercerita apa yg berlaku disekolah ataupun aktiviti harian mereka.Jadilah pendengar yang setia dgn memberi dorongan dan nasihat yang baik2.

Dunia skrg semakin canggih tetapi kita dalam tidak sedar semakin hilang nilai kekeluargaan kerana tindakkan kita.kajian telah membuktikan makan bersama keluarga memberikan impak yg besar kepada anak 2 kita dari segi salsiah dan keterampilan di sekolah.Pengambilan nutrisi yang sihat juga merupakan salah satu kebaikannya bila kita bersama mereka.semoga perkongsian ini sikit sebanyak memberi mamfaat sesama kita.

.insyallah.

0 comments:

Post a Comment