Tuesday 29 April 2014


Assalamualaikum..

Subahanallah....
Mungkin apa yang saya ceritakan ini membawa anda menyelami keistimewaan yang Allah berikan kepada allahyarhamah Haslinatul Adzlin setelah mendapat kebenaran daripada abgnya Shaq Adzwan.

Persemadian jenazah berjalan dengan lancar pada 21 April 2014 di tanah perkuburan Batu 8,changkat Jering


   

Allahyarhamah berusia 35 tahun dari
Ipoh Perak meninggal di Hospital Kuala Lumpur pada 20/4/2014 pada pukul 8.25 pagi kerana mengidap barah payudara(Breast Cancer)merebak ke tulang sum-sum serta hatinya.



Arwah merupakan ibu tunggal kepada 2 anaknya iaitu Aina sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil
                                                    

 semasa hayatnya ,Arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan diberitakan oleh alhli keluarga arwah semasa menghadapi sakaratul maut,Arwah masih lagi mengucapkan "LAAILLAH HAILLALLAH" selama 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah keakhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan,



 
 
Mungkin inilah hadiah yang dikurniakan kepada orang orang yang mulutnya sentiasa hidupnya tidak henti henti menyebut kalimah Allah swt.

  


Penghakhiran yang baik ditemani cahaya yang terakam tidak sengaja oleh kamera handphone oleh sepupu kepada arwah.


 
Semoga apa yang dipaparkan menjadi panduan untuk kita yang masih diberikan nafas untuk menikmati nikmat kurniaan Allah swt.Saya mendoakan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh...

Alfatihah.....................


Dalam asy-Sya’b, Umar b Khattab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah Taala berfirman: ‘Orang yang menyibukkan diri dengan berzikir mengingatiKu maka Aku akan memberinya anugerah terbaik yang diminta manusia.”(HR Baihaqi)

0 comments:

Post a Comment