Friday 18 April 2014



Petang ini seronok apabila dapat "Test Drive" kereta kawan saya dari US Mr Douglas...Banyak kali dah minta untuk cuba koleksi kereta keretanya.Petang ini baru ditunaikan permintaan saya sebelum kereta ini berpindah milik kepada owner baru..Biasalah Mat salleh ada rules yang kena follow..Kereta ini merupakan salah satu koleksi yang ia masih simpan.



Chevrolet corvette



Memang respect saya pada Mr Douglas nih kerana dia betul betul menjaga kereta antik nih...kos memang tinggi untuk kereta antik seperti ini ,yang dilahirkan pada 1980.Sudah 34 tahun usia kereta ini.
Mr Douglas Pemalu Orangnya Ajak Tangkap Gambar Tidak Mahu,




Kenderaan yang berkapasiti 5657 cc nih memang hebat diatas jalan raya setakat 200km senang senang -senang sahaja untuk memecut.Apa yang saya tertarik disini ialah kesemua barangan didalamnya masih lagi asal dah dijaga dengan rapi

Panel meter kenderaan


Panel meter dan lain lain aksesori seperti tolok suhu,bateri dan Amp masih lagi berfungsi dengan baik.Kereta ini mengunakan gear automatik dan juga pemanduan sebelah kiri kenderaan.Kenderaan ini juga menggunakan sistem cermin pintu automatik! terkejut saya melihat binaan Amerika ini yang masih berkeadaan baik walaupun berusia 34 tahun.





Jangan terkejut bila saya nyatakan cukai kenderaan ini adalah 14k untuk setahun.hehehe..boleh beli kereta second tu...harganya senang cerita 6 angka je..hehe.





0 comments:

Post a Comment