Wednesday 18 June 2014

Assalamualaikum..
kami  tengok memang ramai kawan-kawan yang menggunakan cermin kereta berwarna gelap. Ada sorang sahabat ini memang gelap betul cermin kereta sehingga orang luar memang tak boleh nampak. Kalau tak silap sudah beberapa kali kena saman dengan Polis tapi nampaknya cermin kereta dia masih gelap. Tak tahulah kalau dia berubah hati nak tukar tinted yang sebelum kena dalam operasi yang baru dijalankan ini

secara jujurnya kereta kamipun guna tinted, jadi nak kena periksa semula berapa ketelusan cahaya samada mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan pengangkutan Jalan. kami memilih tinted yang tidak terlalu gelap kerana matlamat hanyalah satu untuk mengurangkan kepanasan di dalam kereta ketika cuaca panas.
gambar sebab nak pakai cermin kereta gelap

Kami kurang faham kenapa sebahagian kereta yang menggunakan cermin terlalu gelap sehingga yang berada dalam kereta pun susah nak tengok luar. Teringat kata-kata seorang mekanik sehingga terpaksa buka cermin tingkap untuk melihat kebelakang dek kerana terlalu gelap cermin kereta. Kalau dah kes macam ini apalah faedahnya kalau boleh membahayakan diri sendiri. Melainkan anda seorang pembuli jalan yang tidak mahu dilihat wajah yang segaja berselindung di sebalik cermin gelap.

JPJ telah mengubah peraturan cermin gelap dimana kita telah dibenarkan menggunakan tinted yang lebih gelap bermula Jun 2014. Mengikut peraturan baru cermin gelap ketelusan cahaya cermin depan adalah 70%, cermin sisi pemandu depan adalah 50% dan cermin belakang adalah25% rujuk gambaq. Dengan peraturan baru ini jangan pulak kita bagi alasan sehingga buat demo di Dataran Merdeka jika ditahan dalam operasi cermin gelap yang sudah bermula sekarang.




Peraturan Baru Cermin Gelap Kereta – Sumber Google
Jika anda disaman oleh pihak JPJ anda akan diberikan surat yang dikenali sebagai PG1 anda perlu hadir bersama kenderaan anda dalam tempoh 10 hari untuk pemeriksaan yang memastikan anda telah menukar cermin gelap anda.Setela lulus baru diberikan laporan yang dikenali sebagai PG2 yang perlu dikemukankan untuk membayar saman,So benda ini susah,Kami tidak sarankan kepada anda,jadi ikut sahaja peraturan supaya tidak membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah. Kepada pembaca yang nak semak saman trafik penjelang perayaan ini boleh semak saman trafik secara online atau SMS untuk menjimatkan masa.




Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap. Pemohonan menggunakan cermin gelap boleh di buat di website JPJ.
 Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:
Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.


kadar ketelusan cahaya.

Isu ini memang meruncing tempoh hari kerana dikatakan telah lapuk ditelan zaman.Tetapi ia telah reda setelah pihak berwajib telah mengambil pendekatan membawa berbincang.Kesepakatan telah dicapai,diharap isu ini tidak lagi menjadi panas ibarat seperti kereta yang duduk tengah panas tanpa "TINTED"

0 comments:

Post a Comment