(artikal ini diambil dari blog mentor saya) semoga ia bermanfaat untuk anda
Assalamualaikum kepada semua pembaca.
Jom dengar cerita. Begini. Sejak ada bisnes ni, rajin sekali tangan ni nak PM kawan2 lama. So,dah alang-alang cerita terbukalah tajuk Shaklee ni. Saya ada mencadangkan bisnes ini kepada beberapa orang rakan yang sebahagian besarnya mempunyai latar belakang agama yg agak tinggi. Maklumlah kami ni 'anak-anak graduan' Universiti Al-Azhar. Jadi tentulah perhatian utamanya tertumpu kepada isu Multi Level Marketing (MLM).
Jom dengar cerita. Begini. Sejak ada bisnes ni, rajin sekali tangan ni nak PM kawan2 lama. So,dah alang-alang cerita terbukalah tajuk Shaklee ni. Saya ada mencadangkan bisnes ini kepada beberapa orang rakan yang sebahagian besarnya mempunyai latar belakang agama yg agak tinggi. Maklumlah kami ni 'anak-anak graduan' Universiti Al-Azhar. Jadi tentulah perhatian utamanya tertumpu kepada isu Multi Level Marketing (MLM).
Banyak juga kena gasak dengan soalan-soalan yg mencabar tetapi
alhamdulillah dapat dijawab dengan baik. Tau bagaimana nak menjawab
soalan maut dari kawan2 yg ada latar belakang agama ni? Mudah je, ikut
step saya ni kalau anda mampu =) :
1. Jangan berpusing-pusing. Terus jawab direct to the point dan jangan sesekali menipu.
2. Saya ingatkan mereka saya juga graduan Azhar. Takkan saya nak
burukkan nama Azhar dengan join bisnes yag bukan-bukan dan bersalahan
pula dengan syarak.
3. Yang ni point akhir, taktik "Mati Ayat" namanya. Saya ingatkan mereka
juga bahawa saya diiktiraf sebagai Graduan Terbaik Fakulti Usuluddin
dan Dakwah Seluruh Universiti al-Azhar, 2009 di Konvokesyen al-Azhar yg
dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah.
Point ni saya hanya guna untuk orang-orang yang memerli dan menghukum
terus bahawa semua MLM adalah HARAM dengan yakinnya. Bukan untuk
berlagak dengan apa yang kita capai tetapi cukup sebagai ingatan kepada
mereka yg selalu menjatuh hukum bukan dari sumber hukum sebenar tetapi
dari akal pendek mereka sahaja. Agama bukan HALAL untuk diri sendiri
tapi HARAM untuk orang lain.
Ini adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee sebagai side income. Jom
perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh
syarak.
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya.
Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah
dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam
undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah.
Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan
kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.
Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.
Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang
ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya.
Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan
penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money
game) atau head hunter.
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.
Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat
meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan
sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas
ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan
sempurna.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha
atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat,
motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat
yang pelbagai ahlinya.
Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah,
jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan
‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu
keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru,
sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas
komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah,
mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya
yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang
demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.
Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah
iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing
dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal
lagi.
Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah
agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak
tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda
menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak
bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain
untuk berniaga.
Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM
atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak
dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda?
Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu
dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari
atasannya. Bukankah begitu?
Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding
atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh.
Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat
keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM
PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan
dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu
syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi
untuk memahaminya secara mendalam.
0 comments:
Post a Comment