Ada yang mengatakan;
"Ramai ibu bapa yang bersungguh mengajar anak berpuasa, siap beri hadiah lagi. Tapi ramai yang kurang mengajar anak bersolat."
Dengan rasa penuh hormat kepada yang mengatakan sedemikian, Ibu memberi perspektif di bawah ini.
Dalam hendak memberi galakan dan teguran kepada ibu bapa yang begini,
Ibu tidak suka berkata demikain. Sebab, bagi Ibu mereka ini telah mula
melakukan sesuatu yang betul. Maka eloklah digalakkan dan di hargai.
Ibu juga tidak suka menjatuhkan semangat orang yang berusaha dan mula
melakukan usaha ke arah kebaikan. Sebab kata2 begini memanglah menegur
tetapi boleh mematikan semangat juang orang yang mahu melakukan
kebaikan.
Oleh itu Ibu akan kata, 'Tahniah kepada ibubapa yang
bersungguh-sungguh melatih anaknya berpuasa dan ada juga yang memberi
hadiah. Semoga dengan kesungguhan yang sama, agar lebih ramai akan
mudah hendaknya melatih anak mereka untuk menunaikan solat juga.Supaya
kuat kecintaan mereka kepada agama.'
Dengan begini, kita
memberi semangat kepada ibu bapa untuk mendidik kedua-dua tiang agama
itu kepada anak-anak mereka dengan baiknya.
Tidak perlu dimatikan semangat ibu bapa yang bersungguh-
sungguh mendidik anak-anak mereka berpuasa. Kerana tergolong dalam ibu
bapa yang bersungguh-sungguh itu, adalah mereka yang juga telah mengajar
anak-anak mereka mendirikan solat dengan baik.
Hargailah usaha mereka walaupun baru bermula setapak.
Hanya Allah yang lebih mengetahui.
Kredit to :Prof Dr Rozieta
Home
»
»Unlabelled
» Mengajar anak puasa sahaja?
Monday, 30 June 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment