Tuesday 10 June 2014

Dari ABS: 

Panduan Asas Menetapkan Harga

Apabila kita baru memulakan bisnes, salah satu isu yang penting tetapi kita tidak tahu bagaimana melakukannya adalah cara yang betul menetapkan harga jualan produk kita.

Akibatnya, kita cenderung main agak-agak sahaja berapa harga jualan yang kita letakkan itu. Kadang-kadang betul, kadang-kadang salah sampai kita penat tetapi untung entah ke mana.
.
Syarikat besar mempunyai kepakaran melakukan cost-accounting, jadi mereka dapat mengetahui dengan tepat berapa kos pengeluaran produk mereka.

Situasi sangat berbeza bagi kita yang baru mula berniaga. Kita tidak mempunyai akauntan bagi mengira kos-kos yang kita tanggung.
.
Sebagai contoh, tuan membuat sendiri karipap beku. Berapakah harga jualan yang tuan mahu letakkan?


 
Saya berikan di sini panduan yang sangat asas sahaja. Jadi, tuan perlu sesuaikan dengan situasi tuan.

Lebih kurang lakukan begini:-

+ Kira berapa kos tuan mengeluarkan karipap beku tuan itu?
+ Kos itu adalah kos bahan-bahan.
+ Harga jualan adalah 3 kali lipat kos pengeluaran.

Maksudnya begini: Jika kos mengeluarkan 1 biji karipap itu adalah 10 sen, harga jualannya adalah 30 sen.
.

0 comments:

Post a Comment