Semasa
saya berdialog dengan salah seorang pegawai kanan PDRM saya utarakan
soalan mengenai kereta curi,Mungkin ini merupakan panduan yang boleh
anda gunakan untuk mengelakkan kenderaan anda dicuri.
Nampak
keras akan penyataan ini tetapi memang benar berdasarkan statistik yang
ia tunjukkan kepada saya."Elakkan hias kenderaan anda berlebihan dan
tidak meninggalkan ia ditempat sunyi".
Panduan tepat
memang tidak boleh diberi kerana pencuri memang mencari cari jalan
termasuk menggunakan teknologi terkini ketika mencuri kenderaan.
pengguna juga tidak perlu menghiaskan kenderaan berlebihan kerana ia
menarik perhatian pencuri.Pastikan kenderaan anda dipasang alatan
tambahan seperti pengunci stering dan memasang alat pengesan koordinat
(gps).
Alatan ini perlu kerana sekurang kurangnya ia dapat melengahkan mereka berbanding tiada sebarang alatan tambahan.
Pemilik kenderaan juga disarankan selalu berkomunikasi dengan pengawal
keselamatan memberitahu bahawa ia tidak akan keluar dari kawasan
perumahan selepas jam 12 tengah malam sebagai contohnya.Jadi pengawal
keselamatan akan "alert" situasi kenderaan kita jika ia dipandu keluar,
mereka mungkin segera dapat menghalang.Telah berlaku banyak kes seperti
ini dimana pengawal keselamatan menyangka pemilik itu sendiri yang
memandu ia keluar.
Selain itu juga kecuaian kita juga
mengundang padah dengan meninggalkan kad akses didalam kenderaan, tidak
kira lah kad akses yang berbayar seperti di shopping kompleks ataupun di
perumahan kita.
Ini adalah sedikit sebanyak perkara yang kita
tidak pernah jangkakan tetapi banyak menyumbang kepada statistik
kecurian kenderaan..
#berdialog
#percambahanfikiran
Home
»
»Unlabelled
» Awas Jangan Hias Kenderaan Anda Berlebihan
Monday, 9 June 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment