Monday 30 June 2014

Saya mendoakan agar semoga pembaca blog ini sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah swt..sedikit perkongsian artikel yang saya dapat dan dikongsikan bersama untuk manfaat bersama..

Tidak lama lagi Ramadhan bermula,. Bagi ibubapa, melatih anak berpuasa terkadang sesuatu hal yang tidak mudah. Namun ada beberapa langkah yang dapat di lakukan ibu bapa untuk melatih anak mereka berpuasa

 
1. Jelaskan tentang Ramadhan  
Hal pertama yang patut anda lakukan adalah menjelaskan kepada anak tentang apa itu Ramadhan. Dengan menjelaskan hal tersebut, tentunya membuatkan si anak bersemangat menjalankan ibadahnya. Jika si anak sedar akan betapa pentingnya puasa, maka dirinya akan siap menjalaninya.  

2. Puasa bertahap Untuk anak-anak yang baru mejalani puasa  
Anda patut mengajarnya untuk berpuasa bertahap yaitu mula dari sahur hingga pukul 10.00 atau 12.00. Biasanya, secara perlahan anak jadi mahu berpuasa sehingga waktu berbuka tiba.  

3. Beri sahur yang berzat  
Bangunkan anak juga untuk makan sahur selama bulan Ramadan. Berikan si anak makanan yang cukup diwaktu sahur. Menu makanan sahur dibuat sesuai dengan kesukaan si anak dan mengandung gizi yang baik untuknya. Olehnya para ibubapa sebaiknya mencari menu makanan yang bergizi

4. Menu kesukaan Anak makan sahur  
Anda juga boleh menyiapkan menu favorite anak untuk sahur atau bebuka puasa. Sebelumnya, Anda boleh bertanya pada anak ingin sahur dan berbuka dengan makanan apa. Dengan begitu, si anak akan lebih semangat lagi untuk berpuasa.

5. Bersikap sabar di hadapannya  
Sangat penting untuk Anda dan anggota keluarga lainnya tidak menunjukkan rasa lapar dan haus saat berpuasa di depan anak-anak. Tunjukkan pada anak puasa itu patut dijalankan dengan kesabaran tanpa keluhan.

6. Memberi semangat pada anak   

Jangan lupa juga untuk memberikan semangat kepada si anak supaya dirinya hendak terus berpuasa hingga habis bulan ramadhan. Misalnya, Anda boleh mengatakan"abg pasti kuat ,tentu boleh". Hanya tinggal beberapa jam lagi.” Selain itu, Anda juga boleh mengajak anak untuk menyiapkan menu berbuka puasa.

7. Jauhkan godaan darinya  
Jauhkan segala jenis makanan yang boleh menggodanya untuk berbuka, seperti aiskrim,Coklat,makanan kesukaan si anak lainnya. Sembunyikan makanan tersebut dan berusaha untuk sibukkan sianak semasa berpuasa. Anda boleh mengajaknya untuk membaca al-quran, bermain game, dan lain sebagainya.  

8. Jangan memarahinya  
Jika anak tidak kuat berpuasa atau berbohong, maka sebaiknya jangan dimarahi anak tersebut. Anak berbohon kerana ia selalunya tidak mahu mengecewakan anda. Alangkah baiknya Anda menasihatinya secara baik.Cakap kepadanya dan terangkan kepadanya ssecara baik

9. Memberikan hadiah

 Anda boleh memberikan hadiah jika si anak menjalankan puasa sesuai dengan kesepakatan. Tak ada salahnya cara ini dilakukan sebagai bentuk dorongan atas prestasinya. supaya lebih bersemangat, Andaboleh menjanjikan hadiah tersebut pada malam raya. Itulah cara terbaik melatih anak berpuasa. Sebagai ibubapa, sebaiknya Anda mengajarkan anak berpuasa sediri mungkin agar dirinya kelak menjadi anak yang taat pada agama.

10. Memberikan Contoh Yang Baik   
 Berikanlah anak contoh yang baik saat berpuasa. Janganlah saat berpuasa anda menunujukkan sikap yang buruk, contohnya memarahinya, Maka anak akan melihat hikmah puasa lebih dari menahan lapar sahaja..


Semoga Perkongsian ini bermanfaat...




0 comments:

Post a Comment