Saturday 4 June 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Lama dah rasanya tak update didalam blog ini..so kesempatan yang ada ini saya coretkan sedikit agar memori indah ini akan terus kekal terbina..

Apa yang ingin saya ceritakan disini ialah mengenai percutian yang baru baru ini kami sekeluarga telah pergi..alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan kami juga telah selamat pulang..
Mungkin cerita ini akan membuka minat rakan rakan ke sana,dan boleh jadikan ia sebagai panduan.

Sejujurnya kami tidak merancang percutian ini.Secara kebetulan saya terlihat didalam Fb kawan saya kesana.Jesteru itu saya pm nya dan mohon ia berikan maklumat detail mengenai chalet penginapannya.

Saya terus call dan membuat tempahan..Alhamdulilah ketika itu bilik masih lagi ada walaupun cuti sekolah pada saat  itu..

Saya sekeluarga telah booking chalet dari "mama chalet",service yang ditawarkan cukup kami puashati.Permulaan dimana kita sampai sahaja di Jetty Kuala Besut telah ada orang menunggu untuk "park"kenderaan kita di tempat yang selamat.Tempat parking ketika di Kuala Besut memang tidak tersusun,Cas yang dikenakan ialah Rm10 satu hari..Oklah kan..Parking pula di dalam "Garage"..

Kami semua turun dan menunggu di Jetty Kuala Besut untuk menaiki "Speed Boat" yang diuruskan oleh kerani syarikat mereka yang berada disitu(kaunter)
Tambang untuk kami iaitu 2 dewasa dan 2 kanak..ialah RM175 pergi dan balik..

Perjalanan dengan "speed boat" mengambil masa selama lebih kurang 30 jam jika laut tidak bergelora..Memang advancer lah naik speed boat dimana masa ia melambung2 di awangan..tapi tak adalah rasa nak muntah ke pening ke..syok lagi adalah..

Apabila sampai kami telah dibawa masuk  kedalam chalet penginapan kami..tak ada advance deposit dia orang nak ambik..pelik juga mulannya bila terfikir ye tak yer juga nak lari mana bila duduk dalam pulau nih..hehe..

Bilik kami pada masa itu hanyalah menggunakan kipas dinding..So saya sarankan kalau tuan puan nak pergi ambillah yang ada aircond..Berkuap bang oii panasnya..sampai kemalam...anak asyik complaint panas walaupun tengah malam..kesian dekat budak2 lah..
Waktu ambik tu mmg dah dimaklumkan hanya tinggal bilik kipas dinding sahaja so tak terfikir pula di pulau pun panas..rupannya dipulau memang panas lagi dari darat..

Mula mula sampai dipulau kami salin semua baju than turunlah ke pantai..kami terpaksa pergi jauh sedikit lebih kurang 300 meter untuk dapatkan tempat snorkeling yang best...(kena tanya org situ).

Peralatan snorkeling boleh sewa disitu dengan harga rm5 untuk sehari,tak perlu bawa.Kalau pelampung kena bawalah untuk anak anak.Tempatnya subahanallah memang cantik sangat,ops lupa bawa lah roti bagi makan ikan (gardenia)memang syok tengok ikan datang makan dekat tangan kita sendiri..

Dah petang pulang lah ke chalet.Masa nih tengahari.Memang berkuap lah jawabnya dalam bilik.Dah penat sangat terlena juga.
Tapi air bersihnya memang sejuk sangat mungkin air bukit  rasanya.

Petang tu turun makan.Kebanyakkan makanan yang terdapat di Chalet penginapan adalah jenis "Goreng"berdasarkan menu yang tersedia.Masa ini sediakan duit secukupnya hehehe.Nasi Goreng mahal sikitlah dalam rm9.00 tapi nilai kita bayar tu memang berbaloi lah insyallah..
Dalam banyak tempat Mama Chalet nih sahaja makanan dia murah sikit dari tempat lain..so lepas makan petang tu pergi mandi lagi..

Hari ke2..
Pada hari kedua selepas sarapan kami dibawa ketempat snorkeling dipulau tersebut.Sebanyak 7 checkpoint yang ada..Dengan bayaran sebanyak rm35 satu orang..peralatan seperti googel life jacket dan  fin (kaki itik)termasuk dalam pakage.

Memang syoklah snorkeling boleh tengok nemo dan juga penyu.Kalau nasib baik dapat lihat JAWS..Bukan jaws besar tu..anak anak dia je,Tak gigit orang pun hehehe.
Tempat snorkeling tu memang cantik sangat,air jernih terumbu karang memang banyak.Bila snorkeling tu janganlah pijak terumbu karang yang ada.Kesian dekat orang2 yang lain nak tengok dah habis musnah..
Ada dua tiga tempat yang terumbu karang dia tidak terusik,tekong boat tu bawa saya pergi tempat dalam sedikit tetapi memang puashati sangat..secara live dapat lihat ikan2 berenang dalam laut tanpa gangguan..

So selepas habis ber snorkeling hari itu kami pulang makan dan berehat..Petang tu bawa anak anak mandi lagi last sebelum balik..esoknya chalet tu uruskan segalanya sampai kami tiba semula di Kuala Besut.

Kalau kesana apa yang anda perlu bawa..

Kalau tak ada camera underwater tu boleh beli dekat kedai handfone beg zip mcm dalam gambar tu..Boleh buat snorkeling,murah ja dalam rm40,Kalau kamera tu dah berapa..?berbaloi beli.

Roti pun jangan lupa.Beli dekat darat roti gardenia 3 buku,Standby,syok bila bagi ikan makan.Mineral water pun kalau boleh bawa lah..Sebab disana "Drinking Water"pun dah Rm5.50.

Harap apa yang saya ceritakan nih boleh lah jadikan panduan nak kesana..kalau teringin nak tinggal dekat tempat saya tinggal iaitu mama chalet boleh google mama chalet pulau perhentian nuh....

Alhamdulilah
Terima kasih sudi membaca..

0 comments:

Post a Comment