Tuesday 22 March 2016

Pagi nih nak kongsi sedikit pengalaman yang tidak seberapa ini berkenaan disaman bukan atas kenderaan kita..

Sebagai contoh dapat surat speed trap..tapi kenderaan orang lain punya..(kirannya kenderaan lain guna no plate kita than kita dapat surat saman)..

Apa yang perlu kita buat...?

1.Buka surat saman tersebut(sebenarnya bukan surat saman tetapi surat kemuka butir2 pemandu masa kejadian dipanggil Surat 114..dibawah seksyen 114 APJ 1987)

2.Pastikan adakah kenderaan,waktu dan lokasi kejadian yang tertera didalam surat itu adakah kita?jika tidak contohnya dipaparkan kereta myvi warna putih sedangkan kenderaan kita merah..waktu kejadian kita di tempat kerja..dan lokasi kejadian di kuala lumpur sedangkan kita di Pulau Pinang..jika tidak sama sila buat langkah berikut..jika betul anda melakukan kesalahan tersebut redho je gi bayar saman tu...

3.Jika bukan kenderaan kita..sila pergi ke balai berdekatan buat report polis secepat yang mungkin..Report Polis bukan setakat tujuan penafian keatas saman tetapi lebih kepada salah guna nombor plate anda..takut takut yang menggunakan nombor plate kenderaan anda perompak ke..dia langgar lari ke..nauzubillah tak pasal pasal tidur semalam..jika ada cover report selamat lah sikit..

4.Buat surat sikit..untuk tujuan mohon tindakan pada pihak berwajib..dan lampirkan sekali salinan report..(simpan satu salinan untuk kita)..jika pihak JPJ saman AES sila bawa kenderaan untuk tujuan pemeriksaan bagi tujuan mohon pembatalan surat tersebut..

5.Tunggu dan buat follow up mengenai surat yang kita hantar tersebut..dan selalunya apabila no plate kita digunakan pihak lain akan dapat lagi surat2 saman speed trap..selagi mana malaun tu tak tertangkap..

Salah satu sebab kes kes seperti ini adalah kerana wujudnya kereta kereta klon yang dibawa masuk ke Malaysia..konon2 boleh didaftarkan walhal menggunakan no pendaftaran kenderaan lain..tak pasal pasal owner sebenar tanggung musibah sama..

So nak beli kereta hati hati..jangan percaya kereta yang harganya tak masuk akal..

Saya terangkan disini menggunakan ayat ayat pasar untuk memudahkan tuan2 paham tanpa bahasa undang2..

Syukran

3 comments: