Saturday 1 August 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama rasanya tidak membuka blog ini..maaf dipinta kerana kesibukkan masa menyebabkan tidak sempat untuk menulis.Terima kasih kerana masih lagi setia untuk membaca apa yang dicoretkan oleh mat perang yang tidak seberapa ini.Mat perang mendoakan agar kalian semua sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah swt hendaknya..

Apa yang mat perang hendak coretkan pada hari ini adalah berkisarkan mengenai sebuah masjid yang terletak di tengah tengah kota Kuala Lumpur pada hemat mat perang ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Masjid yang mat perang maksudkan ialah masjid Al-Qufran yang terletak di Taman Tun Dr Ismail.(TTDI).
Pada asalnya mat perang tidak pernah mengetahui akan masjid ini.Mat perang mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu mat perang yang sudi mengadakan seminar disini.Apa yang diperhatikan disini semasa mat perang menghadiri seminar masjid ini terdapatnya security gurd yang bertugas 24jam untul mengawal masjid.

Perkataan pertama apabila melihat ruangan masjid ini adalah..subahanallah sejuk mata memandang.Terus Mat perang minta kain daripada wife Mat perang untuk solat tahjud kerana semasa sampai lingkungan pukul 5pagi.Memang cukup mendamaikan apabila bersolat di dalam masjid ini.Menurut apa yang dikatakan oleh jemaah disitu keseluruhan penyelanggaraan masjid ini disumbangkan oleh penduduk setempat.Tahniah mat perang ucapkan atas kerjasama yang begitu baik oleh ahli kariah masjid tersebut.Karpet berwarna biru dan seni ukiran di kubah tempat imam bersolat cukup mengamit suasana tenang semasa bersolat..

Selain itu juga masjid ini mempunyai pengurusannya sendiri yang bertanggunjawab menguruskan hotel yang terdapat diatas masjid ini.Kamar kamar yang disediakan dipanggil kamar musafir memang berbaloi jika kita ingin menginap disini.Secara kebetulan pihak penganjur mengadakan seminar di masjid ini mat perang sekeluarga mengambil langkah inisatif untuk menyewa kamar musafir terbabit.Semasa mat perang menghadiri seminar mat perang tinggalkan anak2 dan isteri mat perang didalam kamar terbabit..mudah bukan.
Harga untuk kamar terbabit hanyalah RM 90 sahaja..cukup berbaloi..

Disini mat perang sertakan sedikit gambaran sebenar masjid tersebut supaya anda tidak tertanya bagaiamana suasana yang mat perang nyatakan....

Semoga anda dapat manfaatnya dari cerita mat perang ini.Jika anda berminat untuk menyewanya boleh google dalam web no tel masjid ini yer..mat perang tiada sebarang kepentingan dalam masjid ini sedikit sumbangan dari segi penulisan untuk membantu perniagaan masjid ini.....

Syukran....

0 comments:

Post a Comment