Sunday 19 June 2016

Dah lah mak!letak situ abg boleh pilih sendiri..abg tau lah yang mana elok ke tidak.Mak gi duduk dekat sana..!sambil mulutnya muncung menunjuk ke suatu sudut..

Terkejut dengan suara tersebut dari anaknya berumur lingkungan 17-20 tahun si ibu tadi mungkin perasan orang lain yang berada disekitar melihatnya,ia terus berlalu pergi..

Allahuakbar..terasa hati ini di siat siat apabila lontaran kata2 tersebut keluar daripada mulut sang anak apabila ibunya sedang memberi cadangan untuk anak lelakinya memilih "pakaian dalam"yang sedang dibelek2 oleh anak lelakinya..

Melihat orang telah beransur tiada disitu dan tinggal kami berdua aku mulakan perbualan ku..

"Bodoh betul siapa yang pilih seluaq dalam nih sorang sorang."..

Dia agak terkejut..Memandangku seperti minta penjelasan..

Bodohlah..benda dah reject kalau kita tengok sorang2 mana nak nampak cacat cela dia..terkoyak ke getah dia dah tak elok ke sebab tulah dia orang jual murah2 benda dah bertahun..

Dia tunduk sahaja...

Ku kata lagi...

Lagi bodoh kalau orang tu ada orang nak tlg pilih sama dia halau pergi..

Kali ini ia memandangku dengan mata terbuka seperti mengerti aku sedang berkata mengenai dirinya...

Adik..

adik untung ada mak yang sanggup tolong sama memilih seluar dalam adik.Kalau lah arwah mak abg ada sudah pasti abg lah orang yang paling bangga sekarang ini.Mak tanpa segan silu memilih untuk kita,ia berada didalam kelompok rata rata lelaki semata mata untuk kita. Mak tahu apa yang terbaik untuk kita.Dia yang membesarkan kita besar sebesar tapak kaki 2 jari sehinggalah sekarang..Kenapa perlu malu?

Ia tunduk lagi...

Masa adik kecil dahulu tentu ada "spender"kartun kan?(yang ini saya tembak je sb anak sy pun ada spender nih)tengok siapa yang pilih untuk kita "spender"tersebut?mak kan..?dia tahu waktu mana kita perlu pakai..dia yang selalu menyarung seluar dan paling banyak basuh berak anak dia..Tak kisahlah dimana sekali pun hata didalam "shopping Mall"ini pun ia sanggup ketepikan perasaan malu tersebut untuk anak anak dia..

Adik lihatlah sendiri..apa yang ia pilih untuk diri dia ketika ini..?adik sendiri tentu perasan bukan? tiada apa yang ia beli untuk dirinya.Ia bawa adik ke shopping mall ini khas semata2 untuk memilih pakaian untuk anaknya.Pada mak adik cukuplah mana yang ada.

Adik jika suatu hari ditakdirkan mak adik telah tiada seperti mana abg ketika ini adik akan terasa cukup kehilangan..Jika diberikan segala pilihan sudah pasti adik memilih saat ini..percayalah...

Ia mula terasa dan mula bergerak menuju ke maknya..memandang sekilas kepada aku dan berlalu pergi..

Melihat ia mengenggam tangan maknya semasa berjalan sudah cukup memberi maknya kepada diri ini..

Adik2...
Jika adik terasa malu sekarang dengan apa yang mak ayah adik buat untuk adik ketahuilah mak dan ayah adik ketepikan perasaan malu itu dari dulu lagi semasa adik kecil2..
Cuba ingat kembali adik meronta ronta di khalayak ramai benda yang adik tidak dapat..?ia pujuk adik dengan penuh sabar..
Adik beri tumpah air didalam restoren apa yang ia buat?siap order air yang baru lagi untuk adik..itu belum lagi adik terberak didalam seluar bagai...itulah kasih sayang mak dan ayah adik..

Macam mana abg tahu benda ini?kerana abg adalah ayah kepada 3 orang putera putaran hidup bagaikan roda..insyallah adik2 juga akan melalui perkara yang sama suatu hari nanti.Moga2 terjemahan dari hati seorang ayah dapat membuka mata hati anak anak yang lain..

☺☺☺☺

0 comments:

Post a Comment