Tuesday 9 June 2015

Asssalamualaikum!
Sedikit ttg fidyah puasa untuk pengetahuan dan ingatan bersama.


FIDYAH
Fidyah merupakan bayaran denda yg dikenakan kpd orang yg tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dgn membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yg telah ditinggalkannya.

Bagi pembayaran melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dlm akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kpd fakir miskin dlm bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yg ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kpd Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Prosedur Membayar Fidyah di MAIWP

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Bangunan Daruzzakah secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN.
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yg ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kpd fakir atau miskin.

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah

1. Uzur Menunaikan Puasa Wajib
Terdiri drp golongan yg menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan utk sembuh atau golongan tua yg tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan Hamil
Dgn syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yg dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yg ditinggalkan.

3. Ibu Yang Menyusukan Anak
Dgn syarat ibu yg merasa bimbang akan memudaratkan bayi yg disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yg ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang Yang Telah Meninggal Dunia
Hutang puasa bagi mereka yg telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yg ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yg melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yg berikutnya (bulan Ramadan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yg ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yg ditinggalkan.
Taksiran Fidyah

(Hari yg ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Kadar Bayaran Fidyah
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yg ditinggalkan ialah satu cupak beras yg boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dlm bentuk nilaian, berdasarkan kpd kadar yg ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, secupak beras bersamaan dgn 567.5 gram dinilai dgn kadar RM 1.75.

Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadan, maka kadar fidyahnya ialah,
RM 1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 16.20

Sumber,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan www.maiwp. gov. my

0 comments:

Post a Comment