Friday 5 June 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Terima kasih kerana sudi setia bersama blog ini.semoga anda semua sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah swt..




Jumaat yang barakah ini, saya akan menerangkan sedikit ilmu yang dipinjamkan kepada saya agar kita sama sama dapat berkongsi mungkin apabila anda menghadapi masalah ini, anda boleh gunakan ia sebagai salah satu sumber rujukan.

Jika anda mempunyai lori tidak kiralah kecil atau besar dari Berat Dalam Muatan(BDM) 1100-110KKG masuk pemeriksaan Berkala ataupun Awalan PUSPAKOM.Kenderaan anda mengalami kegagalan (Tidak Lulus)disebabkan Casis Frame Kenderaan anda retak (crack) dibawah diterangkan prosuder prosuder yang biasa dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menyelesaikan masalah anda.



langkah - langkah yang biasa diambil...

1)Apabila kenderaan anda gagal Pemeriksaan Puspakom Kenderaan anda selalunya diarahkan untuk merujuk kepada pihak yang berkenaan selalunya Pihak JPJ Bahagian Kejuruteraan Automotif,.

2)Kenderaan anda akan dinilai kerosakkan nya Oleh Pegawai bertugas untuk menentukan sama ada kerosakkan tersebut boleh diperbaiki ataupun tidak(sila hadir bersama kenderaan)

*selalunya pemilik akan baiki dahulu sebelum masuk ujian Puspakom kerana telah melihat kesan retak tersebut.Pemilik akan welding tempat crack tersebut.Setelah ujian dilakukan oleh pihak Puspakom ia telah menggagalkan ujian tersebut disebabkan sebarang pembaikan pada Casis Frame Perlu merujuk kepada pihak JPJ dan pihak JPJ akan mengeluarkan surat akuan pembaikan.*

3)Segala butiran kenderaan akan dicatat oleh pegawai JPJ- minta kerjasama pemilik untuk membuat salinan setiap satu iaitu Salinan geran,Salinan Slip keputusan pemeriksaan iaitu VR1 ataupun B2 Puspakom.Gambar setiap sudut akan diambil oleh pagawai bertugas.Adakalanya Kenderaan anda diminta untuk menanggalkan cat pada tempat kimpalan tersebut nasihat saya sila tanggalkan dahulu cat tersebut.

4)Setelah keputusan diperolehi Pihak JPJ akan memberikan sepucuk surat kepada pemilik maklumat bengkel yang berdaftar dengan pihak JPJ untuk  dibuat pembaikan pada casis frame terbabit.Anda perlu membawa kenderaan anda ke bengkel tersebut untuk dibuat pembaikan.Surat untuk rujukan bengkel mengambil masa selama seminggu hingga ke 2 minggu.

*selalunya pihak bengkel telah mengetahui bagaimana untuk membuat pembaikan pada casis frame anda kerana mereka telah banyak kali melakukan kerja pembaikan tersebut*

5)Setelah pembaikan dilakukan pemilik sekali lagi perlu membawa kenderaan ke JPJ untuk dibuat pemeriksaan pembaikan yang telah dilakukan.Gambar akan diambil oleh pegawai bertugas untuk rujukan setelah pembaikan dilakukan.Selalunya apabila keluar daripada bengkel pihak bengkel akan memberikan satu surat rasmi yang membawa maksud bahawa kenderaan tersebut telah dilakukan pembaikan oleh bengkel tersebut berserta dengan laporan pembaikan yang di tandatangi oleh "JURUTERA PROFESIONAL"surat tersebut perlu di serahkan kepada pihak JPJ.

setelah dibuat pembaikan


6)Satu pucuk surat akan dikeluarkan kemudian yang mana didalam surat tersebut dinyatakan pemilik telah melakukan pembaikan sepertimana yang diminta dan membenarkan pihak Puspakom membuat pemeriksaan semula..

7)Bawa kenderaan dan juga surat terbabit ke Puspakom untuk pemeriksaan semula...

Selesai...

P/s : Situasi diatas bergantung kepada kerosakan yang berlaku pada casis frame kenderaan anda sama ada teruk ataupun tidak selalunya jika casis frame anda retak dari atas ke bawah di kedua dua belah kiri dan kanan kenderaan anda tidak lagi dapat dilesenkan.(expired kena lupus).Selain itu juga pihak bengkel akan memberikan sebt harga yang dipersetujui oleh anda sebelum membuat pembaikkan.Kadang kala harga yang diminta melebihi harga kenderaan tersebut dan pihak bengkel akan menasihati anda untuk lupus ataupun anda boleh teruskan juga jika berkeinginan...

sedikit sebanyak pengalaman yang ada saya kongsikan untuk anda...semoga bermanfaat..

syukran...

1 comments:

  1. Boss tq
    Sy nk tanyak sekit
    Casis tu Kali INI welding ambil sura jpj lepas tu da buat semua lulus
    Lepas tu puspakom da tamat
    Mcm mn kali yang 2 masuk puspakom boleh lulus ke atau gagal
    Boss bagi tau sedikit
    Sbp sy beli Lori 1tan
    Antar puspakom casis ada welding
    Da gagal org kedai tu cekap boleh buat tapi kena mase 3mingu
    Sy tanyak dia Semarang kalau lulus
    Puspakom tamat sy yang kena bawa Lori puspakom mase tu blh lulus ke gagal
    Tolong whatssap boss 0173123733

    ReplyDelete