Wednesday 1 July 2015

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, tidur selepas sahur ternyata berbahaya. Baik dari aspek agama mahupun dari aspek perubatan. 

Namun sering kali mengantuk menyergap begitu sahur selesai. Bawaannya ingin tidur saja. Bagaimana caranya agar tidak tidur selepas sahur? Berikut ini cara Rasulullah dan sahabat agar tidak tidur selepas sahur:

1. Mengakhirkan sahur

Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam menganjurkan umatnya untuk mengakhirkan sahur. Mengakhirkan sahur ini juga termasuk salah satu sunnah puasa sehingga para sahabat pun melakukan perkara yang sama. Berapa jarak masa antara makan sahur dan solat Subuh?

Zaid bin Tsabit meriwayatkannya kepada kita:
تسحرنا مع رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ثم قمنا إلى الصلاة. قلت كم كان قدر ما بينهما قال خمسين آية.

"Kami pernah makan sahur bersama Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam. Kemudian kami pun berdiri untuk menunaikan solat. Kemudian Anas bertanya pada Zaid, "Berapa lama jarak antara adzan Shubuh dan sahur kalian?" Zaid menjawab, "Sekitar membaca 50 ayat". (HR. Muslim)

Dengan dekatnya waktu sahur dengan waktu Subuh (terbit fajar), selain mendapat keberkatan seperti disebutkan dalam hadis lain, juga meminimakan peluang untuk mengantuk. Sebaliknya, jika waktu sahur dan waktu Subuh masih berjam-jam, biasanya besar keinginan untuk tidur.

2. Mengisi waktu antara sahur dan Subuh dengan solat dan zikir

Seperti hadis di atas, Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam dan para sahabat beliau biasa mengisi masa berhenti sebentar antara makan sahur dan waktu Subuh dengan solat, zikir dan doa. Selain mendapatkan keutamaan waktu sepertiga malam terakhir yang merupakan waktu mustajab untuk berdoa, automatik juga terhindar dari tidur.

3. Solat Subuh berjamaah

Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam dan para sahabat beliau adalah orang-orang yang paling rajin solat berjamaah. Maka begitu tiba waktu Subuh, mereka (sudah) pergi ke masjid untuk menunaikan solat Subuh berjamaah. Usai solat berjamaah, mereka juga biasa berdiam diri di masjid. Zikirnya lama. Bahkan banyak pula yang baru selesai setelah matahari terbit dan sekitar 10-15 minit kemudian menunaikan solat ba'da syuruq yang keutamaannya seperti pahala haji. Dan praktikal tidak ada waktu tidur selepas sahur.

Wallahu a'lam bish shawab.

0 comments:

Post a Comment