Friday 9 January 2015

Alhamdulilah...

Selamat sampai di Parit Buntar.Walaupun kaki menjejak di bumi Parit Buntar tetapi hati masih lagi di bumi Mekah al mukaramah..

Sebelum saya melelapkan mata kerana keletihan memandu dari kuala lumpur saya ingin menceritakan serba sedikit pengalaman yang dikutip sepanjang di bumi Mekah dan Madinah..Kisah ini adalah berkisarkan kisah seorang pakcik yg tidak tahu membaca dan menulis dan kedatanganya ke bumi mekah sepenuhnya di biayai oleh saudara saya.

Pak hassan ini tinggal di Bidor Perak dan sumber pendapatannya hanyalah menjual roti canai.Kerana ia pertama kali ke mekah sudah pasti ia akan bertanya banyak dan oleh kerana banyak bertanya maka ia selalunya terpinggir mungkin kerana jemaah lain takut mengganggu ibadat yang akan dilakukan.

Memandangkan hal demikian kami adik beradik mengambil keputusan bergilir2 untuk membantunya disamping mengajarnya apa yang patut terutamanya semasa tawaf.



Semasa tawaf kami mengelilinggi kaabah kami telah terputus darinya dan kerana yakin ia sudah paham dengan apa yang kami ajarkan kami bergerak secara solo dan yakin ia dapat menyudahkannya secara sendirian..apabila selesai tawaf dan solat kami berjanji akan berkumpul di suatu tempat untuk menunaikan ibadah saie pula

Apabila ia selesai pak hassan datang ke tempat yang di minta dengan muka yang ceria.Ia mengucapkan ribuan terima kasih kepada salah seorang anggota keluarga kami kerana telah membantunya membawa ia mengucup hajatul aswad dan berdoa di multazam..kami semua terpingga pingga tambahan saudara kami itu berkali kali menyatakan tidak membawanya.






Pakcik hassan menceritakan bahawa selesai sahaja tawaf dan dia menunaikan solat sunat dia berdoa agar dapat berdoa di multazam dan mengucup hajatul aswad.Apabila selesai solat ia menyatakan saudara saya ada duduk bersebelahan dengannya bersolat dan bertanya sama ada ia hendak mengucup hajatul aswad,ia menyatakan saudara saya itu membantunya membuka jalan dalam keadaan orang yang cukup ramai dan memberikannya ia mengucup hajatul aswad seterusnya berdoa di multazam.Selepas akhir berdoa dan dia menyebut amin,pak hassan mencari cari saudara saya itu tetapi ia sudah tidak kelihatan..

Apabila ia teringat akan perjanjian untuk berkumpul selepas solat, ia terus ketempat yang dinyatakan.Apabila diceritakan keadaan sebenar menitis air matanya dan tertanya tanya siapa yang membantunya dalam keadaannya sedemikian rupa..wallahualam.

Sehingga sekarang ia masih belum berjawab dan kami menerangkan kepadanya jika Allah swt izinkan sesuatu Allah swt akan hadirkan pelbagai cara membantu hambanya.Mintalah darinya dengan ikhlas dan sabar..

Selepas peristiwa itu saya melihat rezekinya bertambah murah jika ia kemana sahaja ia pergi pasti ada yang memberi kepadanya.walaupun ia hadir sebagai tetamu Allah dengan disponser oleh orang lain ia tidak lah meminta2 dan bersederhana dalam segenap hal..malahan duit yang kami berikan kepadanya untuk berbelanja ia pulangkan bakinya selepas membeli barang yang dihajatinya...allahuakbar..

Sesunggunhya Allah swt maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya dan semoga Pak Hassan dikurniakan umrah yang mabrur.



0 comments:

Post a Comment