Tanah kubur wangi
Diceritakan Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Ahmad Ismail
"Ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum.
"Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja," kata Abdullah Abdul Karim, 74, hari ini.
Abdullah adalah menantu kepada arwah Maheran Jaaffar, 74, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006.
Ketika dikeluarkan dari liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, mayat arwah Maheran masih dalam keadaan sempurna.
Mayatnya antara 16 mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan yang masih dalam keadaan sempurna.
Tanah perkuburan yang berusia 100 tahun itu digali untuk memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang.
Keseluruhannya, 350 kubur terbabit dalam pemindahan berkenaan dan mayat akan disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan.
Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.
"Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid.
"Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran," katanya ketika ditemui.
Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.
"Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.
"Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mentua yang masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya," katanya.
Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat.
"Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula mayat arwah ibu mentua berjalan lancar," katanya.
Abdullah berkata, selain kubur ibu mentuanya, beberapa kubur saudaranya turut dipindahkan
#Rajinlah sedekah,sedekah itu penyubur kepada rezeki insyallah...
Home
»
»Unlabelled
» Kisah Benar-Tanah Kubur Berbau Amat Wangi.....
Thursday, 24 July 2014
Recent Posts
Bahayanya media sosial dalam khutbah Jumaat oleh imam mekah
Diperturunkan teks khutbah imam masjidilharam tentang bahayanya media sosial, ia panjang tapi bacala...Read more
Mengutamakan ibu berbanding ibadah sunat
📚 At-Tazkirah -------------- [Mengutamakan Ibu Berbanding Ibadah Sunat] Dari Abu Hurairah d...Read more
Mana Mak????
Serius! Mengalir air mata aku. MANA MAK??? Renung2kan.... Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pint...Read more
KESILAPAN SOLAT JUMAAT YANG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, manusia tak pernah lari dari kesilapan cuma malang selalu berlaku...Read more
TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA
* *TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA* (data untuk musim haji 2016, namun relevant setiap tahun) Tahukah ...Read more
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.